janji kena tepati!


Lama sungguh aku tak jumpa si hanif(aku panggil anip)..tak silap aku last aku jumpa dia 2 tahun sudah..tu pun sebab dia follow aku gi hantar wife aku balik kampung masa nak kahwin haritu.anip ni alim budaknya,anak haji ali,rumah tepi klinik desa.ada janggut sket.masa dia follow aku haritu,dia siap bawak surah yassin sebab nak baca dalam kereta.

Selasa lepas masa aku kerja,tiba2 dia call...dia skrg cikgu,so tgh cuti panjang.dia tny bila aku free,dia nak ajak lepak.haritu masa kawin akak dia pun aku tak dapat jumpa dia,sebab masa tu aku kt kampung.mmg dah byk kali aku plan nak jumpa si anip ni, tapi tak berkesempatan.so hari tu,aku ckp mlm ni aku dtg umah ko pas isyak.Jom ikut aku gi main badminton.dia pun ok je...

Nak di jadikan citer,aku janji ngn paiz,mansor dan budak2 opis nak main pukul 8p.m.sbb kitorg slalu main dari 8p.m smp pukul 10p.m(2 jam),then ada group lain nk guna court.so mengikut kiraan matematik aku,waktu isyak dlm 8.13p.m.aku janji ngan bdk2 ofis pukul 8p.m,ambik anip lepas isyak.so aku perlu ambik anip dalam pukul 8.30 mlm dan aku akan lewat sampai dewan.nak taknak,aku terpaksa la wat pilihan..slalu aku redah je isyak kat dewan tu,balik umah baru solat.Aku manusia yg khilaf,slalu buat silap.huhuhu..

Jadi mlm tu aku wat keputusan ambik anip dulu,dan aku akan lewat smp ke dewan.perjalan dari umah aku ke dewan tu dlm 30minit.paiz dah text aku byk kali..aku reply pun byk kali..jwpn sama"on the way...jap"bila aku smp je dewan,jam dah dekat pukul 9p.m.aku tgok muka paiz dah mcm muka kerani kt ofis aku setiap jumaat pagi!

Isunya kat sini,dulu aku selalu gi main badminton sebelum solat Isyak.sikit pun aku tak rasa malu.Tapi bila aku janji ngan si Anip(rujuk perenggan pertama untuk karekter Anip),aku rasa perlu solat dulu sbb aku tau dia bukan jenis yg melewatkan waktu solat dan aku malu ngan dia.Then aku dah terletak dalam situasi janji dengan manusia dan manusia,tanpa aku sedar diantara dua janji tu,ada satu janji yang lebih penting yang perlu aku letakkan keutamaan lebih dari segalanya,iaitu janji kepada Allah untuk solat.Untuk itu,aku perlu rasa lebih malu..shame on me! T-T

0 respon:

Post a Comment